Tajuk Terkini

Sham Kamikaze : Nukilan Ikhlas sempena Program Bicara Selebriti anjuran HAI dan Kerajaan Negeri Kelantan.





Assalamualaikum wbt,

Terlebih dahulu, marilah kita merafakkan kesyukuran di atas rahmat dan keizinan Allah swt, maka Forum "Bicara Selebriti" telah dapat dijayakan dengan . Secara peribadi, ianya merupakan usaha yang 'daring' dan berani apabila kerajaan negeri mengambil keputusan untuk menggandingkan para ulama dan artis/selebriti tempatan dalam usaha untuk membincangkan persoalan agama yang sebelum ini hanya dibincangkan oleh para ulama dan ilmuwan Islam semata mata. Apatah lagi apabila topik yang dibincangkan berkait rapat dengan persoalan hiburan dalam Islam dan yang berkaitan, seterusnya hingga ke soalan soalan yang lebih mencabar, yang memerlukan ilmu yang luas dan 'berlapang dada' dalam mengupas polemik yang melanda masyarakat Islam hari ini.

Clickb to read more>>>
Dengan barisan panelis hebat yang terdiri daripada Dr MAZA, Wardina Saifiyyah, Uztaz Hasrizal dan moderator Saudara Amin Idris, saya merasa cukup kerdil duduk bersebelahan dengan tokoh ilmuwan dan sahabat yang lebih berilmu di dalam bidang agama. Namun, menyedari tanggungjawab dakwah yang dipikul maka saya gagahkan juga untuk cuba sebaik mungkin bagi memberikan pandangan seadanya, di samping pengalaman saya untuk dijadikan perkongsian sesama saudara seagama. Dengan izin dan rahmat Allah swt, rakyat Kelantan yang hadir atau yang menonton secara live dari TV Kelantan telah memberikan sokongan yang padu, tak kurang juga yang melahirkan rasa tersentuh setelah mendengar perkongsian tersebut.


Apa yang nyata, sesungguhnya rahmat Allah swt itu sungguh hebat sehinggakan siapa yang pernah menyangka insan jahil seperti saya dapat duduk di pentas agama yang begitu asing bagi saya sebelum ini, sebaris dengan tokoh tokoh agama yang begitu karismatik dan berkaliber. Dengan kupasan yang penuh ilmiah dan penuh hikmah, saya kira program ini telah berjaya mewujudkan satu kesedaran yang bersifat wasatiyyah, di mana banyak perkara yang menjadi khilaf dalam persoalan hukum itu dapat diterima dengan rasional dan tidak prejudis.


Apatah lagi, dalam pentas agama, diselitkan persembahan muzik yang bukan bercorak nasyid yang sebelum ini begitu sinonim dengan program keagamaan, di mana saya telah memetik gitar secara solo memainkan lagu 'Ketika Cinta Bertasbih.' Saya merasa terpanggil untuk cuba menghayati apa yang pernah dilakukan oleh Imam al Farabi dengan petikan gambusnya, yang diiringi oleh zikrullah dan telah membuat ramai orang menangis mengenangkan kebesaran Allah swt. Mungkin corak dakwah sebegini masih begitu asing bagi umat Islam di Malaysia namun saya kira, kerajaan negeri telah berjaya memecah tembok yang selama ini memisahkan golongan belia dengan agama. Ini merupakan satu pencapaian yang hebat kerana sifat dakwah itu sendiri sebelum ini begitu sukar untuk menembusi golongan belia, di mana pendakwah sering dipinggirkan oleh golongan muda yang suka kepada hiburan dan menganggap dakwah itu sebagai sesuatu yang 'taboo'.


Harapan saya, semoga kerajaan negeri akan terus diberikan kekuatan oleh Allah swt untuk terus menerus mengadakan program sebegini dalam bentuk 'tour' di seluruh Kelantan, agar lebih ramai rakyat yang berada jauh dari Kota Bharu juga akan dapat merasai pengalaman dan perkongsian sehebat majlis malam tadi. Tiada yang lebih bermakna selain daripada duduk di majlis ilmu dan mengagungkan kebenaran Allah Azza Wa Jalla, di samping berhibur secara Islamik dalam konteks yang dibenarkan oleh syariat sebagaimana fitrah manusia itu sendiri yang suka kepada hiburan.


Akhir kata, syabas kepada Kerajaan Negeri Kelantan, YB Baihaqi, seluruh warga kerja HAI dan rakyat Kelantan yang telah menjayakan program 'Bicara Selebriti' sehingga ianya telah dapat direalisasikan sebagaimana yang telah direncanakan dengan izin dan rahmat Allah swt. Diharap ianya tidak terhenti setakat itu sahaja kerana ramai yang mengharapkan program sebegini dianjurkan secara berkala, mungkin 3 bulan sekali untuk menyemarakkan lagi semangat cintakan Islam dan berhibur secara Islamik.

Wabillahi taufiq wal hidayah, assalamualaikum wbt. Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak dari saya, Shamril Mohd Salleh/Sham Kamikaze.


Petikan dari facabook shamkamikaze

0 Comments
Tweets
Comments
Newer Posts Older Posts

ShareThis