Tajuk Terkini

Cedera bermain Futsal, Najib jalani pembedahan lutut

Khamis lepas semasa mengadakan lawatan kerja ke Kedah, Najib memaklumkan kepada pemberita bahawa beliau akan menjalani pembedahan itu ekoran kecederaan dialaminya semasa melakukan sepakan penalti ketika bermain futsal sempena sambutan Hari Belia pada Mei lepas.

Perdana Menteri berkata pembedahan itu tidak mengambil masa lama untuk pulih, dan beliau dijangka boleh bekerja semula selepas tiga hari menjalani pembedahan.
Click to read more>>>



Sebelum ini, lutut tersebut pernah tercedera semasa Najib bermain bola sepak ketika menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan dalam perlawanan terakhir bersama bekas legenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

Najib menjadi Menteri Belia dan Sukan dari Ogos 1986 hingga Oktober 1990. 
Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mendaftar masuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pembedahan kecil pada lutut kirinya esok.

Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anak mereka, Nooryana Najwa serta Norashman Razak, tiba di Wad Diraja HKL pada jam 10 malam. MK





-Ini bukan berita tipu, ini berita betul-betul punya. Kalau pihak pembangkang cedera semua tipu, kalau Najib cedera itu berita betul, berita sahih. Anwar Ibrahim mata lebam kerana tumbuk mata sendiri, Mat Sabu kakinya dipasang skru kerana beliau berlakon.

Teoh Beng Hock mati kerana bunuh diri, Ahmad Sarbaini pun bunuh diri. Peserta perhimpunan Bersih, berlakon sakit, berlakon mati. Pembangkang semuanya jahat yang baik hanya Najib dan Rosmah. Orang lain kalau cedera semua tipu, semua berlakon kerana nak dapatkan simpati.










0 Comments
Tweets
Comments
Newer Posts Older Posts

ShareThis