Tajuk Terkini

TAHNIAH!! Najib Altantuya Sedang "Cabar" Undang-Undang Dunia!!

Tindakan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menahan peguam Perancis, William Bourdon dari memasuki negara ini, akan mencemar nama Malaysia dan hubungan diplomatik dengan kerajaan negara itu, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.


“Ini perkara yang memalukan negara dan akan menjejaskan hubungan antara Malaysia dengan Perancis,”

“Kerajaan Umno dan Barisan Nasional mempergunakan Jabatan Imigresen dan Polis untuk melindungi Najib. Sedangkan, tidak ada sebarang kesalahan yang dilakukan Bourdon,” kata Surendran kepada Keadilandaily.

Bourdon ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tengah hari ini oleh 3 pegawai imigresen, sejurus tiba di lapangan terbang itu.

Difahamkan sehingga kini, William masih disoal siasat di pusat tahanan imigresen KLIA dan tiada sebarang maklumat berkenaan dakwaan yang akan dikenakan terhadapnya.

Bourdon tiba di Pulau Pinang semalam dan berucap di pelancaran majlis makan malam bagi kutipan dana ‘Ops Scorpene’ di Bayan Baru malam tadi.

Sementara itu Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua mendakwa kerajaan takut kepada maklumat yang bakal didedahkan oleh peguam dari Perancis itu.

“Kalau kerajaan tidak melakukan sebarang kesalahan, mengapa mereka takut? Mengapa mempergunakan Jabatan Imigreen dan Polis untuk menahan?

Menurutnya, Bourdon hanya dilantik Suara Rakyat Malaysia bagi mewakili satu kes siasatan dakwaan rasuah dan majlis makan malam yang dianjurkan hanya penerangan mengenai perkembangan kes tersebut.

“Sekiranya kerajaan menghantar pulang Wiliam kembali ke Perancis, tindakan itu akan menjadi isu antarabangsa,” kata Tian Chua sambil menambah, majlis makan malam bagi mengumpul dana Ops Scorpene yang dijadualkan malam ini di Dewan Sivik MBPJ akan diteruskan.

Sementara Ahli Biro Politik KEADILAN, Dr Syed Husin Ali dalam laman twitternya menulis, Najib tidak perlu bimbang dengan kehadiran Bourdon jika megakui tidak kenal penterjemah Mongolia, Altantuuya Sharibuu yang dikatakan ada kaitan dengan isu komisyen pembelian kapal selam Scorpene.

“Najib tak perlu gusar tentang kes Scorpene dan Altantuuya. Bukankah dah bersumpah tiada kena mengena?

“Jadi apa perlu tahan dan usir peguam Perancis,” kata Dr Syed Husin, sinis.-PS






Sekali lagi, nama Malaysia akan "harum" serata dunia sebab berani mencabar undang-undang antarabangsa dan bertindak macam dikatator!!-

0 Comments
Tweets
Comments
Newer Posts Older Posts

ShareThis