Tajuk Terkini

Jangan tipu rakyat lagi

Anak kecil main api 

Satu situasi yang saya ingin kongsikan dan kita fikirkan bersama. Telah menjadi lumrah dalam kehidupan kita jika seseorang penjenayah yang benar-benar telah melakukan jenayah seperti membunuh, merompak atau mengedar dadah akan berasa takut untuk berhadapan dengan polis walaupun berselisihan dengan secara tidak sengaja. Malahan dengan sedaya upaya untuk mengelak dan melarikan diri dari polis kerana takut akan ditangkap, dipenjarakan dan dihukum. Lebih-lebih lagi memang terdapat bukti yang kukuh. Subjeknya penjenayah takut dengan polis.

Sekarang pula kerajaan BN amat takut dengan perhimpunan BERSIH 2.0 yang telah berlansung baru-baru ini. Tujuan dan motif perhimpunan ini diadakan adalah untuk menuntut piliharaya di Malaysia dijalankan secara bersih. Sebelum perhimpunan dilansungkan, pelbagai propaganda telah dilemparkan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi BN. Antaranya isu perkauman yang merendahkan martabat orang melayu dengan menyatakan bahawa orang melayu sahaja yang suka berdemo. Hakikatnya semua kaum Malaysiaku yang menyertai perhimpunan tersebut. Semua jalan masuk ke pusat bandaraya Kuala Lumpur pula ditutup. Seolah-olah telah berlaku darurat secara tidak perasan. Hasilnya perhimpunan tersebut tetap disambut hangat oleh warga kota.


Namun apa yang dilaporkan oleh akhbar harian Malaysia amat jauh berbeza pada realiti sebenar. Keganasan peserta perhimpunan tersebut akan menyebabkan kecederaan, kerosakan hartabenda awam dan merugikan para peniaga. Kenyataannya ialah pihak polis yang telah bertindak ganas sehingga menyebabkan kematian kepada peserta perhimpunan BERSIH tersebut. Dalam berita media perdana telah menemuramah beberapa peniaga yang telah mengalami kerugian hasil dari perhimpunan tersebut. Tetapi yang telah ditemuramah adalah pendatang asing. Adakah terdapat peniaga yang berwarganegara Malaysiaku disekitar tempat kejadian (kedai pakaian dan jamu Jalan Tunku Abdul Rahman) tempoh hari?

Persoalannya mengapa kerajaan BN mesti takut jika memang pilihanraya di Malaysia dijalankan dengan telus dan bersih? Jika benar bersih, kenapa kerajaan BN bertindak sedemikian? Sekurang-kurangnya membenarkan peserta bebas berhimpun di Dataran Merdeka ataupun di Stadium Merdeka. Itupun andai benar-benar bersih. Andai tidak bersalah seperti cerita penjenayah diatas, mengapa takut sehingga bertindak sedemikian rupa dalam mendukung demokrasi? Subjek kali ini ialah kerajaan BN takut kepada perhimpunan BERSIH.

Perdana Menteri telah berkata bahawa tidak perlu berdemostransi atau mengadakan perhimpunan sedemikian untuk menyampaikan permintaan atau suara rakyat. Dalam era teknologi maklumat, rakyat seharusnya mengunakan kemudahan internet untuk menyampaikan rasa tidak puas hati atau permintaan. Ini telah dipetik dari kata-kata beliau di media perdana serta akhbar harian tempatan pada sehari selepas perhimpunan BERSIH dilansungkan. Maka sebuah laman facebook yang bertajuk “100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation” telah dilaksanakan pada masa yang sama. Dalam tempoh hanya 48 jam, laman tersebut telah mencapai lebih 100,000 sokongan dalam usaha hanya untuk mendapatkan 100,000 sokongan sahaja. Secara tidak lansung, rakyat telah menyahut cabaran beliau dan saya percaya beliau juga telah maklum dengan hasil yang diperolehi daripada laman facebook tersebut.

Tetapi apa reaksi dan tindakan beliau sekarang? Sedangkan rakyat telah menyahut cara seperti yang beliau sarankan. Beliau tidak ambil peduli lansung dan telah pergi melawat ke luar negara. Agenda rakyat telah diketepikan tanpa perasaan. Jadi dengan cara apa lagi untuk rakyat dapat menyampaikan rasa dan suara tidak puas hati setelah perhimpunan BERSIH dan melalui internet tidak diambil peduli? Adakah kerajaan BN sangat takut sekiranya apabila tumbang di pilihanraya akan datang, segala penyelewengan yang para menteri telah lakukan akan terbongkar? Seperti yang pernah berlaku kepada kerajaan BN Selangor sebelum ini? Berani kerana benar, takut kerana salah. Nyatakan apa pendirian Perdana Menteri setelah rakyat bersuara melalui perhimpunan BERSIH yang dikatakan haram dan laman facebook “100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation” yang dikatakan halal oleh beliau sendiri. Jangan tipu, tipu-tipu rakyat lagi.- KLN

0 Comments
Tweets
Comments
Newer Posts Older Posts

ShareThis