Tajuk Terkini

Pavillion KL kerugian 60%

KUALA LUMPUR: Gedung membeli-belah mewah Pavilion KL menganggarkan kerugian kira-kira 60 peratus pengunjung Sabtu lepas ekoran perhimpunan haram di pusat bandar.
Ketua Pegawai Eksekutif (Runcit) Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd, Joyce Yap berkata, perniagaan di gedung itu terjejas teruk pada hari Sabtu memandangkan kebanyakan peruncit memilih untuk menutup premis masing-masing atas sebab keselamatan dan pekerja mereka juga gagal hadir bekerja pada masa yang ditetapkan.

"Dalam perjanjian, sebenarnya tiada satu penyewapun dibenarkan menutup kedai tetapi di bawah situasi ini, kami tiada pilihan. Disebabkan alasan keselamatan ini, mereka dikecualikan," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan "Global Footprint: A Photography Exhibition" oleh Yang Yuan Xing di gedung itu di sini, Rabu.
Beliau berkata, gedung beli-belah itu juga menanggung kos tambahan kerana ia perlu mengambil lebih ramai tenaga kerja dan meletakkan lebih banyak penghalang bagi memastikan keselamatan di pusat beli-belah.
Ditanya sama ada Pavilion KL akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur demonstrasi itu, Yap berkata perkara itu perlu dirujuk kepada jabatan litigasi jika ada asas untuk berbuat demikian.
"Jika peruncit tidak menuntut apa-apa, kami juga tidak akan berbuat demikian.Sementara itu Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen melancarkan pameran fotografi yang berlangsung selama dua hari itu. Kutipan hasil jualan foto akan disalurkan kepada Persatuan Austime Kebangsaan Malaysia. - BERNAMA

untuk pengetahuan semua, berita pasal ni akan terus wujud di ruang media massa sampailah rakyat tahu yang perhimpunan BERSIH baru-baru ini merugikan dan menyusahkan perniaga mahupon negara.....

bodoh punya orang, yang dok pi tutup pasai pa, hari perhimpunan tu ada jugak kedai yang buka,tak dak masalah apa pon, laku lagi ada laaa perniagaan mereka hari tu, gi la tanya kedai-kedai yang buka tu, untung ka rugi? 
bodoh punya orang!!!!! 

0 Comments
Tweets
Comments
Newer Posts Older Posts

ShareThis