Tajuk Terkini

HAKIM: KESAKSIAN NAJIB & ROSMAH TIDAK PERLU


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya tidak akan memberi keterangan dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, demikian diputuskan oleh Mahkamah Tinggi hari ini. Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah berkata peguam-peguam Anwar telah gagal membuktikan elemen “kerelevanan” apabila mengeluarkan sepina kepada Najib dan Datuk Seri Rosmah Mansor agar muncul di mahkamah untuk memberi keterangan.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin menangguhkan permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bagi mengenepikan sapina yang memerlukan mereka berdua menjadi saksi pembelaan dalam kes perbicaraan liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada minggu depan.

Permohonan itu difailkan pada 21 September lalu, di Pejabat Pendaftar Jenayah Mahkamah Tinggi di sini, menerusi Hisyam Teh Poh Teik & Company. Pada 8 Ogos lalu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin membenarkan permohonan Anwar untuk menyoal 17 saksi termasuk Najib dan Rosmah yang ditawarkan pendakwaan.Click me to read more

Sementara itu, pada 12 Ogos lalu, Najib dan Rosmah hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta untuk bertemu pasukan pembelaan yang diketuai Karpal Singh.

Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh itu bagi membolehkan peguam Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor menyediakan jawapan ke atas afidavit dikemukakan oleh Anwar semalam.

Selain Najib dan Rosmah, empat individu lain turut di temu bual bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof, pemilik unit kondominium kejadian liwat itu didakwa berlaku, Hasanuddin Abd Hamid dan isteri, Noor Sham Abdul Hamid serta kakak ipar Hasanuddin dikenali sebagai Mashitah.

Pada 16 Mei lalu, Anwar, 64, diarah membela diri atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, tanpa kerelaan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di sini, antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh menyebabkan Anwar dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Semalam Mahkamah Persekutuan bertindak mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan Anwar bagi mengenepikan Zabidin daripada terus mendengar kes Liwat II.

Ia merupakan percubaan terakhir Anwar selepas semua permohonan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan untuk menyingkirkan Zabidin sebelum ini ditolak.

Keputusan Mahkamah Persekutuan itu dibuat Panel yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad.

Dua lagi hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang bersama adalah Hakim Tan Sri James Foong dan Hakim Datuk Abdull Hamid Embong.

Rayuan itu dibuat selepas hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Hassan Lah, Datuk Ahmad Maarof dan Malik Ishak pada 6 Julai lalu menolak permohonan peguam untuk menyingkirkan Zabidin.

JUSTICE4LIFE®

0 Comments
Tweets
Comments

0 comments:

Post a Comment

Newer Posts Older Posts

ShareThis