Tajuk Terkini

Showing posts with label sejarah. Show all posts
Showing posts with label sejarah. Show all posts

CUBAAN GANGGU MAT SABU DIGAGALKAN


Satu kumpulan yang mendakwa mewakili veteran tentera yang cuba mengadakan protes berhampiran tempat ceramah pembangkang di Rembau, Negeri Sembilan malam ini telah dihalang oleh penyokong Pakatan Rakyat.Ianya bermula apabila sekumpulan 200 orang – yang dikenali sebagai Gerakan Memartabatkan pejuang Negara – cuba berarak ke tempat ceramah di Kampung Pulau Bintongan. Menurut laporan Harian Sinar hari ini, kumpulan itu mahu mengadakan demonstrasi terhadap timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu, yang merupakan penceramah utama malam ini.

ZAINAL PERTAHAN NEGARA BUKAN DIJAJAH


Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Budaya, Majlis Profesor Negara Profesor Datuk Dr Zainal Kling hari ini menjelaskan bahawa negara kita lebih banyak menerima kesan penjajahan meskipun negeri-negeri Melayu mempunyai status negeri naungan.“Saya tidak kata negara kita tak pernah jadi negeri koloni atau negeri jajahan. Ciri-ciri kemelayuan dikekalkan di negeri naungan. Kesan penjajahan tetap berlaku kerana pengaruh British yang meluas,” kata Dr Zainal (gambar).

Rahsia ahli Umno no. # 000006



Umno kini dikenali sebagai parti perkauman Melayu dengan namanya yang berbahasa Inggeris. Namun benarkah Umno itu sendiri parti Melayu ? atau ditubuhkan untuk mewarisi kerajaan penjajah.

Ketika jejak sejarah SAMM ke Johor baru ini, telah bertemu dengan perbagai orang dan meneliti perbagai bahan berkaitan sejarah. Kami telah menemui bukan sahaja sejarah Bukit Kepong malah lebih dari itu. Sememangnya banyak sangat yang dipendam dari pengetahuan umum. Sdr. Ezad antara yang menyertai konvoi SAMM ke Johor ialah seorang penggemar sejarah. Beliau telah berkongsi beberapa dokumen dan penemuan sejarah yang beliau temui. Beliau dan sahabatnya ada mengendalikan sebuah blog yang dikenali sebagai untoldhistoryofmalaysia yang banyak mendedahkan perbagai bahan sejarah terpendam.

MISI GEMPUR, TARING UMNO BERTABUR !.....


info Panas memang menggemparkan dan menghancurkan UMNO/BN termasuk blogger BN/UMNO yang asyik buat berita semberono.
Sekarang , celiklah mata sikit dalam 60% kalau dulu celik 20% jer bahawa Ketua Balai Polis Bkt Kepong siapa ?

RAYMOND DANCEY adalah Ketua Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950.

Malaysia tidak dijajah, bermakna Umno bukan pejuang kemerdekaan, Mahathir ada berani?


Senang cerita, kalau mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir (gambar) turut setuju dengan dakwaan Datuk Zainal Kling bahawa konon Malaya tidak pernah dijajah oleh British, Mahathir dicabar untuk mengaku Umno bukan pejuang kemerdekaan seperti mana yang dibohongi selama ini setiap tahun ketika sambut hari kemerdekaan.

MAHLIGAI MENTERI HAL EHWAL AGAMA???


Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menggesa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir menjelaskan rumah mewahnya yang dianggar menelan jutaan ringgit.


Keraguan timbul apabila menteri yang baru dilantik 3 tahun oleh Perdana Menteri dan hanya memiliki gaji tidak menjangkau RM15,000 itu, mampu memiliki kediaman mewah dalam masa yang singkat.

Mohamad Sabu dan Mat Indera


MEMBACA transkrip ucapan timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu di Padang Menora, Pulau Pinang, 21 Ogos lalu membuat kita faham kenapalah Umno marah dan bimbang sangat dengan ucapan itu.

Rupanya, isu penting yang dibangkitkan oleh Mohamad adalah sejarah kemerdekaan negara ini. Mohamad memberikan andaian beliau kenapa sambutan kemerdekaan sejak kebelakangan ini hambar.

ini dia BAPA menjahanamkan Bahasa Ibunda..!!


Sikit Punya Hal Tetapi Besar Kesannya

DI berita tv malam semalam saya menyaksi Najib Razak telah melawat hentian Puduraya dan telah menukar nama hentian itu kepada nama baru Pudu Central. Menurut Najib nama itu dicadang oleh salah seorang rakan twiternya yang tweet kepadanya agar nama hentikan itu ditukar kepada nama baru.

Beliau tidak menyebut siapa dan bangsa apa rakan twiter yang tweet kepadanya itu. Saya percaya orang yang mencadangkan nama itu bukan seorang Melayu tulen yang kuat semangat dan seorang yang mementingkan sejarah.

Lagi Dikecohkan Lagi Terdedah Tembelang UMNO - Isu Ceramah Mat Sabu


UMNO APCO MENUTUP KEBENARAN SIAPA PEJUANG TANAH MELAYU..

Pejuang negara yang dimaksudkan adalah mereka yang bertugas sebagai anjing penjajah British semasa Tanah Melayu kembali dikuasai oleh mereka setelah Jepun menyerah kalah akibat serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada 6 dan 9 Ogos 1945.

Mereka terbunuh akibat serangan sekumpulan komunis yang memperjuangkan kemerdekaan negara pada ketika itu dan diketuai oleh Muhammad Indera. sejarah ini telah meracuni pemikiran org org melayu..

Sedikit fakta untuk dikongsi bersama.

Older Posts

ShareThis