Tajuk Terkini
Cukai korporat dibela, cukai prabayar rakyat dikuatkuasa
DAP ugut keluar Pakatan: Akhbar rasmi Umno berbohong lagi
![]() |
| Tiga pemimpin PR menunjukkan laporan akhbar Umno yang cuba memecah-belah kesepakatan PR dalam sidang medianya di Pejabat Agung PAS. | foto TKO |
Awas..Tektik Media BN menjelang pilihanraya...
Apa media BN buat sewaktu dekat dengan pilihanraya?
54 Tahun Merdeka - 6 Perdana Menteri
![]() |
| PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG DI SAYANGI |
BONGKAR: Rakyat Terengganu Terima Duit Raya Kena Bersumpah Sokong UMNO BN
Dana Raya: Diskriminasi Ramadhan!
Mohd Sabree Yunus (bukan nama sebenar), 30, dari Manir mendakwa terpaksa melafazkan ‘sumpah’ janji setia menyokong Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya.
“Dulu dapat RM400 tetapi sekarang nama saya telah dipotong dari senarai penerima kerana pergi (ikut) rombongan ke Pulau Pinang, Mei lalu.
Beliau merupakan seorang buruh kasar dari keluarga berpendapatan rendah serta mempunyi seorang isteri dan 13 orang anak.
Encik Rashid Ibrahim, 47, dari Kampung Maras menyifatkan pemimpin Umno di peringkat kampung ‘zalim’ dan khianat.Beliau sekadar bekerja kampung dan mempunyai lima orang anak tergolong di kalangan keluarga berpendapatan rendah.
Menurutnya, ada di kalangan penerima dana raya dipaksa mengisi borang keahlian Umno sebelum duit tersebut diserahkan.
“Tahun 2011 ini, nama saya telah dipotong dari senarai penerima sumbangan dana idulfitri. Ini bukti Umno-BN mengamalkan diskriminasi.
“Saya diberitahu pihak petugas Umno kerana kesalahan menyertai rombongan melawat kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang,” ujarnya.
Bekas pemain bola sepak Terengganu tahun 60-an, Ibrahim Mat, 63, berpendapat pemotongan dari senarai penerima dana raya bersifat dendam politik Umno-PAS.
Katanya, Umno mengamalkan sifat pilih kasih dan hanya mengutamakan penyokong serta ahli Umno-BN sahaja.“Pemimpin Umno mempunyai sifat dengki, dendam terhadap ahli PAS dan Pakatan Rakyat. Mereka hanya mengutamakan di kalangan orang Umno dan Barisan Nasional,” jelasnya.
Manakala, nasib yang menimpa, Ahmad Kamalrul Hisan Ahmad Hanipah, 29, [Gambar kanan] dari Kampung Tok Dor Luar, Setiu tergolong dari kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU) malang.
Katanya, pernah menerima bantuan hari raya tersebut sebelum dikeluarkan dari senarai penerima.Beliau yang bekerja sebagai pemandu dengan pendapatan RM500 sebulan mendakwa telah dua tahun namanya tercicir dari senarai penerima bantuan tersebut.
“Saya rasa terkilan dan tidak puas hati kenapa nama saya dikeluarkan. Saya berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU).
“Saya ada isteri dan seorang anak yang berusia hampir tiga tahun. Saya tidak boleh kerja berat selepas kemalangan jalan raya sejak lebih setahun lalu,” ujarnya.
Katanya, kali terakhir menerima bantuan raya yang diagihkan setiap tahun kepada rakyat miskin dan berpendapatan rendah pada 2008 sebanyak RM300. -[GB]
SPR jadi kuda, BN jadi joki
SPR dan JPN sentiasa diperkudakan oleh BN dan UMNO untuk memastikan kemenangan mereka dalam setiap pilihanraya. Jika dulu kita mengesan pengundi yang dah mati tapi masih ada orang lain yang keluar mengundi menggunakan kp simati. Mereka ini kita panggil pengundi hantu. Begitu jugak dengan pengundi yang tak dikenali.
SPR tau kita mampu mengesan pengundi hantu, maka dengan alasan mengesan pengundi hantu, SPR melancarkan sistem BIOMETRIK untuk mengesan pengundi hantu. Maka tiba-tiba bergegak gempita seluruh pelosok negeri, berkata sekalian pakatan rakyat bahawa SPR mengaku adanya pengundi hantu.
Click me to read more
Maka adapun beberapa syaraikat dilantik untuk mengesan PATI. Bila nak start, ada lah saja masalah teknikal yang perlu dihadapi. Data yang di perolehi perlu di masukkan keseluruhannya kedalam pengkalan data JPN. Ketika itu dikesan pengundi-pengundi yang bertindan nombor kad pengenalan lama dan mempunyai lebih dari satu kad pengenalan dan didaftarkan di lebih dari satu daerah mengundi, maka berkatalah lagi timbalan pengerusi SPR bahawa pakatan rakyat bohong.... Selagi di nafikan, semakin banyak yang kita jumpa.
Dalam kekalutan pakatan rakyat menyelidik data pengundi tahun 2010, terjumpalah satu orang yang berstatus penduduk tetap tapi nama dimasukkan sebagai pengundi. SPR kata depa tak salah. SPR tidak akan mengubah senarai tersebut.Maka JPN lah yang kena bertindak segera... Penduduk tetap perlu di jadikan warganegara. Maka bertukarlah maklumat data penduduk tetap tersebut sebagai rakyat malaysia.
Hanya dalam masa 2 jam saja seorang penduduk tetap boleh menjadi warganegara apabila rekod tesebut didedahkan kepada media. Dengan bukti masa rekod dikesan, JPN tetap menafikan dan menuduh Pakatan Rakyat yang memfitnah. Seluruh negara tahu dan tengok bukti tersebut... Dan ahirnya pengundi tersebut dipercayai sudah tidak dapat dikesan datanya didalam JPN.
JPN pulak gelabah... Nak jawab lagu mana ni? Maka JPN pun jawablah... "Penduduk tetap tersebut sudah lama diberikan taraf penduduk tetap, tidak sepertimana didakwa pembangkang"- JPN
Soalan tambahan kepada JPN, aakah penduduk tetap boleh menjadi pemilih? Jika dirujuk perlembagaan, hak sebagai pemilih hanya untuk rakyat Malaysia. Penduduk Tetap hanya boleh memiliki harta dan beberapa keistimewaan tetapi tidak memiliki hak sebagai pemilih.
Dari mana timbulnya data-data ini?
Apa kaitan program 6P dengan kemunculan begitu banyak data pengundi yang kebanyakkannya adalah disyaki rakyat asing. JPN dengan bangganya mengumumkan bahawa mereka menemui data seorang yang sama tetapi telah masuk ke Malaysia sebanyak 2 kali menggunakan identiti berbeza.
Apa ertinya ini? Ertinya JPN sudahpun memiliki maklumat pendatang yang masuk ke negara ini. Maklumat itu mungkin diperolehi secara tidak sah, dan program 6P adalah untuk memutihkan data yang mereka ada.
Dengan adanya data tersebut, maka boleh la JPN membuat perbandingan. Kalau tak dak rujukkan nak banding lagu mana. Tekanan dan tuduhan yang terlalu banyak dari pakatan rakyat menyebabkan JPN cuba memuktikan mereka mampu mengesan sesuatu dan tu diaaa.... Depa jumpa dah, depa jumpa orang yang sama masuk dua kali guna nama lain..... Bangganya jadi JPN.
Maksudnya dulu dia masuk dah, dia balik pi negara asal dia dan dia masuk pulak dengan menggunakan passport dan nama lain.
Takkan la dia da belanja beribu-ribu ringgit hanya untuk mai kerja sekejap dan balik semula kemudian mai pulak... Sudah tentulah dia pernah masuk sekitar 5 tahun dulu dan dah balik kini dia nak mai semula.
Rekod kemasukkan dulu memang ada dalam simpanan JPN dan mereka nak memutihkan rekod yang di perolehi dipercayai secara tidak sah.
Rekod lama yang JPN ada tu disyaki digunakan untuk mengeluarkan MYKAD dan membolehkan pendatanqg asing ini mengundi BN.
Lepas ini apa pulak yang mereka nak lakukan? Buktikan lagi kecurangan SPR dan JPN kepada rakyat berkaitan data pengundi ini.
http://kedahla.blogspot.com/2011/08/spr-jadi-kuda-bn-jadi-joki.html
Agihan kerusi: PKR tolak rundingan dengan KITA

PKR Pahang tidak akan berunding dengan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dalam menentukan pembahagian kerusi di negeri itu dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke 13 nanti.
Ketua PKR Temerloh Ahmad Nizam Abdul Hamid berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat Pakatan Rakyat negeri dua minggu lalu.
“Keputusan kita jelas, Pakatan Rakyat tidak boleh berunding dengan KITA. PKR tidak boleh, PAS dan DAP pun tidak boleh. Asas penolakan rundingan dengan KITA ialah parti itu bukan gabungan Pakatan Rakyat,” katanya ketika dihubungi kelmarin.
Click me to read more
Mohd Noor meninggalkan PKR dan menyertai KITA dan dilantik sebagai Penyelaras KITA negeri Pahang kerana parti itu belum ditubuhkan secara rasmi di negeri itu.
Mengulas lanjut, Ahmad Nizam yang juga AJK PKR Pahang berkata, Mohd Nor memang mahu berunding dengan pimpinan PKR negeri kerana mahu menuntut beberapa kerusi untuk KITA.
Bagaimanapun katanya, PKR tidak mahu dan tidak boleh berunding dengan Mohd Nor kerana parti beliau, KITA bukan gabungan Pakatan Rakyat.
Beliau juga menafikan laporan beberapa blog bahawa Mohd Nor telah mengadakan rundingan dengan PKR Pahang berhubung pembahagian kerusi di negeri itu.
Mohd Nor ketika dihubungi kelmarin bagaimanapun, mengesahkan beliau telah menemui Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman di Kuantan, namum ia hanya perbincangan biasa.
“Saya memang ada meminta Datuk Fauzi memberikan peluang kepada KITA untuk bertanding tiga atau empat kerusi Dun (Dewan Undangan Negeri) di Pahang.
“Dia tanya saya Dun yang mana yang KITA mahu tetapi malangnya semua kerusi sudah ada calon PKR,” kata Mohd Nor. -Free Malaysia Today
Hanya orang salah takut celup jari
Datuk Seri Najib cuba hendak mengalih isu konon pembangkang akan tolak apa sahaja yang kerajaan buat. Dengan andaian jika kerajaan perkenal celup jari maka pembangkang akan tuntut biometrik. Ini satu tuduhan yang liar dan cuba mengalih isu yang sebenar, kerana penipuan perjalanan pilihanraya semakin terserlah.
Beberapa keraguan penggunaan biometrik:
Click me to read more
- Penggunaan biometrik bukan boleh menyelesaikan masalah pengundian dua kali, ia hanya hendak mengesahkan kad itu palsu atau tidak. Ini bukan isu dan tuntutan Bersih.
- Apakah data di Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR telah dibersihkan. Berapa ribu orang yang sudah mati masih ada di dalam daftar pemilih. Apabila ditanya kepada SPR, mereka menjawab kerana waris tidak beri surat mati menyebabkan nama di dalam daftar masih ada. Jika zaman kecanggihan IT, SPR gagal untuk on line dengan Jabatan Pendaftaran Negara apa yang hendak diharapkan senarai pemilih yang bersih.
- Apa jaminan sistem biometrik yang boleh di on line serentak dengan Jabatan Pendaftaran Negara pada hari pilihanraya. Adakah kemampuan, pengkalan data dapat berfungsi dengan baik. Cuba bayangkan sekarang guru-guru Kementerian Pelajaran Malaysia yang sibuk untuk isi markah secara on line mengalami masalah kerana kelembapan serve Kementerian Pelajaran. Bilangan guru lebih 500 ribu sahaja. Cuba bayangkan bagaimana fungsi biometrik untuk hendak menampung keperluan pada hari pilihanraya yang hampir 10 juta pengundi.
- Ada setengah jari tidak boleh dikesan melalui alat tersebut. Apakah ini bukan satu penginayaan kepada rakyat yang berhak untuk mengundi. Mereka akan dinafikan hak mereka kerana alat tersebut tidak boleh diakses di jari mereka.
- Apakah mampu biometrik digunakan di kawasan pendalaman terutama Sabah dan Sarawak yang masih tidak ada kelengkapan eletrik.
- Sebenarnya kenapa kerajaan pimpinan Najib takut hendak menggunakan dakwat celup. Hanya orang salah sahaja yang takut mengguna celup dakwat yang terbukti ekonomik dan telus untuk mengatasi penipuan. Perlu diingatkan kepada kerajaan pimpinan Najib dan SPR zaman hendak menipu rakyat sudah berlalu.
Ust Idris Ahmad
Penulis adalah ahli jawatankuasa PAS
PM lemah, NGO Umno desak Najib letak jawatan
NAMPAKNYA kemelut kepimpinan di dalam Barisan Nasional sudah sampai ke fasa terakhir bom jangka. Hanya menunggu masa ia diletupkan. Gerakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dari dalam sudah dapat dihidu.
Terbaru persatuan yang dianggotai bekas wakil rakyat Umno, PENAWAR sudah memulakan langkah mendesak Najib untuk meletakkan jawatan. Ini berikutan Najib dikatakan lemah dan tidak dapat menyelesaikan beberapa masalah termasuk masalah negara. Isu kelembapan ekonomi dan kurang minat pelabur untuk datang melabur ke negara ini juga dijadikan penyebabnya [MSO]
Click me to read more

Gerakan menjatuhkan Najib nampaknya semakin aktif. Jika sebelum ini Najib berjaya menggulingkan Imam Hadhari dari kerusi orang nombor satu Malaysia, kini sampai pula gilirannya digulingkan.
Pastinya ada seorang pemimpin Umno yang sangat gembira melihat kejatuhan kerajaan Rosmah Mansor ini. Siapakah orang itu? rujuk sini [Facebook].
source :milosuam.blogspot.com
PRU 13 Bulan September Nanti?
ADAKAH DOSA DAN PAHALA DALAM MENGUNDI PILIHANRAYA?
Kepada Dr Mohd Asri, apabila menjelang pilihanraya, pelbagai pandangan akan dikeluarkan oleh macam-macam pihak. Ada yang kaitkan isu-isu agama dengan proses membuang undi. Soalan saya, sejauh manakah soal dosa dan pahala dalam mengundi ini. Apakah seseorang itu boleh dikira berdosa atau dapat pahala kerana mengundi parti tertentu? Harap Dr Asri tolong huraikan.
Zamani, Johor






