Tajuk Terkini

MAHLIGAI MENTERI HAL EHWAL AGAMA???


Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menggesa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir menjelaskan rumah mewahnya yang dianggar menelan jutaan ringgit.


Keraguan timbul apabila menteri yang baru dilantik 3 tahun oleh Perdana Menteri dan hanya memiliki gaji tidak menjangkau RM15,000 itu, mampu memiliki kediaman mewah dalam masa yang singkat.

“Kalau dia (Jamil Khir) rasa seorang yang berpegang teguh terhadap agama dan ada kebertanggungjawaban terhadap negara, dia perlu jujur menjelaskan kekayaan sebelum dan selepas (menjadi menteri),” katanya mengulas isu yang didedah oleh akhbar Suara Keadilan semalam.

Khairul berkata ia bukan perkara memeranjatkan kerana menjadi kebiasaan menteri yang ditadbir Kerajaan Barisan Nasional (BN) hidup mewah.
Beliau merujuk kes bekas Menteri Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mencetus kontroversi kerana kos kediamannya dikatakan melebihi kemampuan sebagai menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.

“Rakyat pun tidak terperanjat dengan isu yang sudah dianggap biasa ini. Oleh itu, jika beliau (Jamil) ada sedikit rasa tanggungjawab dengan imej dan kedudukannya, beliau perlu tampil memberi penjelasan.

“Walaupun (dia) Jamil Khir merupakan Menteri Agama namun ia bukanlah jaminan beliau berperangai seperti Menteri-menteri lain” katanya kepada Keadilandaily.

Sebelum ini KEADILAN pernah mempersoalkan kehilangan RM32,000 wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) didakwa membiayai yuran guaman Jamil Khir dan Pengarah Jabatan Islam (JAWI), Datuk Che Mat Ali.

Ia terbongkar melalui kenyataan media Timbalan Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim, beberapa bulan lalu.

Wang zakat tersebut didakwa digunakan bagi menghalang permohonan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari Azlan, sedangkan Jamil dan Che Mat tidak tergolong dalam kategori yang layak menerima zakat.


MENTERI HAL EHWAL AGAMA ISLAM :

Kuala Lumpur 14 sept - fakir miskin dan yg miskin papa kedana di sarankan agak tidak meminta minta dan mengadu domba kerana sifat sifat itu adalah sifat sifat yg tercela.

miskin perlulah keluar dari keompong kemiskinan dan jgn meminta bantuan dari kerajaan, kerajaan sudah tiada duit lagi, minta pada pakatan rakyat yg kaya raya itu jika mahukan bantuan kebajikan lu org [GB]

JUSTICE4LIFE® : baru ku tahu kenapa BELIAU keluarkan kenyataan macam yang atas tu baru-baru ni,rupanya takot harta-harta yang dimilikinya di minta dan mengandu domba oleh fakir miskin dan yang miskin papa kedana....
rasa macam nak tanam cita-cita jadi MENTERI plak,, boleh ada rumah BESAR macam BIG MAMA ni..wakakakA 

SESUNGGUHNYA..
KAUM BANGSAWAN ITU MEMANDANG HINA
AKAN GOLONGAN GOLONGAN MISKIN DAN TIDAK BERHARTA...
MENINDAS MEREKA DENGAN KATA KATA NISTA..
MENGANGGAP MEREKA MEMILIKI DARJAT YG TINGGI..
DAN MENGANGGAP MISKIN ITU ADALAH HINA SEHINA HINANYA..
KERANA ISLAM ITU ADALAH KEMISKINAN..
BANGSAWAN ITU ADALAH KEMUNAFIKAN.



6 Comments
Tweets
Comments

6 comments:

jab sp said...

kalau kau nak bangang pun kau banganglah seorang diri,jangan ajak kami semua jadi bangang.walaupun dari segi politik jamil khir itu musuh politik aku,tapi cerita merapu tak akan aku sokong.
jamil khir ini bukan baru ni saja ada income.dia ni bekas Brig Jenderal dalam Angkatan Tentera.Duit tamat perkhidmatan ada,duit pencen ada,duit envalop sebab dulu dipanggil bagi ceramah ada,harta mak bapak ada.
Kalau umno buat fitnah hampa marah,tapi KADANG KADANG hampalah juara fitnah.

justice4life said...

jika ini fitnah,,,,,,jadi kita tunggula jamil khir jelaskan kekayaan yang diperolehinya ini dari mana..

Anonymous said...

betoi tu dia kena la jelaskan

Anonymous said...

takan bila org kaya hidup senang semua nk kena jelaskan kt hangpa cemana dia blh buat rmh mcm mahligai tu?? tak payah la dok hasad sgt tgk org lebih...aku yakin dgn jab sp ckp...cuba la think positif sama..

Anonymous said...

jangan byk cakap bro, menteri agama ni patut hidup bersederhana la bukan nak menunjuk buat mahligai besar... cuba contohkan menteri besar kelantan rumah biasa2 je.

Anonymous said...

menteri besar kelantan rumah biasa. tapi kena ingat harta luar biasa bro.

Post a Comment

Newer Posts Older Posts

ShareThis