Senang cerita, kalau mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir (gambar) turut setuju dengan dakwaan Datuk Zainal Kling bahawa konon Malaya tidak pernah dijajah oleh British, Mahathir dicabar untuk mengaku Umno bukan pejuang kemerdekaan seperti mana yang dibohongi selama ini setiap tahun ketika sambut hari kemerdekaan.
Ye la, kalau tak dijajah, bermakna tiadalah merdeka. Istilah merdeka hanya bagi negara yang pernah dijajah. Budak sekolah pun reti benda-benda tu semua. Jika tidak, buku sejarah di sekolah tu tidak lain sekadar cerita ‘dongeng’ semata-mata.
Yang aku pelik, alangkah bodoh dan bahlulnya kerajaan Malaysia (kerajaan BN) yang saban tahun duk sambut hari kemerdekaan selama ini. Sampai terkinjal-kinjal mintak rakyat duk kibar jalur gemilang konon menghayati erti kemerdekaan.
Lepas tu sanggup pulak perabis duit buat perbarisan, persembahan dan perarakan hari kemerdekaan di seluruh negara. Semua tu bukan percuma bro. Yang untung hanyalah yang dapat tender program berkenaan. Kalau tak dijajah, nak buat apa lagi sambut kemerdekaan?Click me to read more
JUSTICE4LIFE® : Buang masa ja selama ni aku sambut MERDEKA,rupanya tanah airku ini tidak pernah dijajah...wakakaka