Tajuk Terkini

NIK AZIZ CABAR NAJIB SOKONG HUDUD !!!!!


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar fail) menyifatkan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam sebagai sesuatu yang melucukan apabila meminta Menteri Besar Kelantan itu merujuk hasrat mahu melaksanakan hukum hudud kepada pentadbiran Najib.Nik Aziz berkata mengikut protokol pentadbiran negara mana-mana surat rasmi yang dihantar kepada perdana menteri tidak akan tamat tempoh kuat kuasa apabila penyandang semasa meletakkan jawatan.
“Saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar oleh perdana menteri akan tamat tempoh kuat kuasa apabila perdana menteri tersebut meletakkan jawatan.

“Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan perdana menteri? Lucu sekali cabaran Tun Mahathir…,” kata Nik Aziz dalam mesej dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook beliau pagi ini.

Sehubungan itu, kata Nik Aziz, beliau juga memohon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar menarik balik surat, yang dikeluarkan ketika pentadbiran Dr Mahathir menghalang pelaksanaan hukuman hudud, membenarkan Kelantan melaksanakan undang-undang itu jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama.
“Saya juga memohon Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menarik balik surat tersebut,” kata Mursyidul Am PAS ini mengulas kenyaatan Dr Mahathir yang dikeluarkan di Tanjong Malim semalam.

Sementara itu, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, selagi Kelantan tidak mendapat kerjasama kerajaan pusat “sepenuhnya tidak mungkin akan wujud suasana kondusif” untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu.PAS menerajui kerajaan negeri Kelantan sejak akhir 1990 dan berhasrat untuk melaksanakan hukum hudud tetapi tersekat disebabkan halangan kerajaan pusat yang menggunakan alasan perspektir perundangan.

Justeru kata Asri di Kelantan suasana kondusif untuk hudud terikat bukan sahaja dengan persekitaran dalam negeri tetapi juga dengan pentadbiran pusat.

“Selagi Kelantan tidak mendapat kerjasama pusat sepenuhnya, tidak mungkin suasana kondusif itu dapat diwujudkan,” kata beliau, dalam satu tulisan mengulas lanjut kertas kerjanya, dikeluarkan hari ini.

Beliau membentangkan kertas kerjanya menyentuh isu itu pada Seminar Syariah Peringkat Kebangsaan di Kota Baru kelmarin.

Asri menambah, selepas itu banyak lagi perkaitan lain yang mesti dilangsaikan sebelum dilaksanakan dan oleh itu, bukan menjadi kesalahan Kelantan jika beberapa hukuman hudud tidak dilaksanakan disebabkan keterbatasannya.

“Kelantan telah memainkan peranan mempromosi hukuman itu,” katanya.

Tambah beliau, walaupun masih terbatas disebabkan banyak kekangan, namun apa yang penting hukuman itu dibahaskan, dibincangkan dan dipromosikan. “Ijtihad-ijtihad baru juga perlu dilihat bagi mencapai maksud keadilan jika ia dilaksanakan,” katanya lagi.

Nik Aziz semalam ada berkata, Kelantan memulai kempen pelaksanaan huduh sejak 1993 dengan menggiatkan pelbagai bentuk penerangan kepada rakyat.

Katanya, Kelantan ditadbir PAS berpandukan ajaran Islam melahirkan rakyat berpengetahuan termasuk berkaitan hukum hudud.

Pada satu majlis di Tanjung Malim semalam, Dr Mahathir meminta Nik Aziz memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanaannya.

Beliau meminta Nik Aziz mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Halangan kepada kerajaan negeri Kelantan PAS disaksikan ketika pentadbiran Dr Mahathir awal 1990-an.


JUSTICE4LIFE®

0 Comments
Tweets
Comments

0 comments:

Post a Comment

Newer Posts Older Posts

ShareThis