Tajuk Terkini

SPR jadi kuda, BN jadi joki

http://gambar-lucu.com/userfiles/cache/funny-images/gambar-lucu-kuda-senam.jpg

SPR dan JPN sentiasa diperkudakan oleh BN dan UMNO untuk memastikan kemenangan mereka dalam setiap pilihanraya. Jika dulu kita mengesan pengundi yang dah mati tapi masih ada orang lain yang keluar mengundi menggunakan kp simati. Mereka ini kita panggil pengundi hantu. Begitu jugak dengan pengundi yang tak dikenali.

SPR tau kita mampu mengesan pengundi hantu, maka dengan alasan mengesan pengundi hantu, SPR melancarkan sistem BIOMETRIK untuk mengesan pengundi hantu. Maka tiba-tiba bergegak gempita seluruh pelosok negeri, berkata sekalian pakatan rakyat bahawa SPR mengaku adanya pengundi hantu.    Click me to read more

Maka berkatalah pulak timbalan pengerusi SPR yang bakal menjadi calon UMNO itu sistem BIOMETRIK adalah untuk mengesan pemegang MYKAD yang tidak sah.Kenyataan sudah di buat, maka langkah seterusnya membuat perancangan untuk meyakinkan rakyat. Maka JPN pun buat program 6P. Kononnya untuk membuat pemutihan pendatang tampa izin (PATI).

Maka adapun beberapa syaraikat dilantik untuk mengesan PATI. Bila nak start, ada lah saja masalah teknikal yang perlu dihadapi. Data yang di perolehi perlu di masukkan keseluruhannya kedalam pengkalan data JPN. Ketika itu dikesan pengundi-pengundi yang bertindan nombor kad pengenalan lama dan mempunyai lebih dari satu kad pengenalan dan didaftarkan di lebih dari satu daerah mengundi, maka berkatalah lagi timbalan pengerusi SPR bahawa pakatan rakyat bohong.... Selagi di nafikan, semakin banyak yang kita jumpa.

Dalam kekalutan pakatan rakyat menyelidik data pengundi tahun 2010, terjumpalah satu orang yang berstatus penduduk tetap tapi nama dimasukkan sebagai pengundi. SPR kata depa tak salah. SPR tidak akan mengubah senarai tersebut.Maka JPN lah yang kena bertindak segera... Penduduk tetap perlu di jadikan warganegara. Maka bertukarlah maklumat data penduduk tetap tersebut sebagai rakyat malaysia. 

Hanya dalam masa 2 jam saja seorang penduduk tetap boleh menjadi warganegara apabila rekod tesebut didedahkan kepada media. Dengan bukti masa rekod dikesan, JPN tetap menafikan dan menuduh Pakatan Rakyat yang memfitnah. Seluruh negara tahu dan tengok bukti tersebut... Dan ahirnya pengundi tersebut dipercayai sudah tidak dapat dikesan datanya didalam JPN.

JPN pulak gelabah... Nak jawab lagu mana ni? Maka JPN pun jawablah... "Penduduk tetap tersebut sudah lama diberikan taraf penduduk tetap, tidak sepertimana didakwa pembangkang"- JPN

Soalan tambahan kepada JPN, aakah penduduk tetap boleh menjadi pemilih? Jika dirujuk perlembagaan, hak sebagai pemilih hanya untuk rakyat Malaysia. Penduduk Tetap hanya boleh memiliki harta dan beberapa keistimewaan tetapi tidak memiliki hak sebagai pemilih.

Dari mana timbulnya data-data ini? 

Apa kaitan program 6P dengan kemunculan begitu banyak data pengundi yang kebanyakkannya adalah disyaki rakyat asing. JPN dengan bangganya mengumumkan bahawa mereka menemui data seorang yang sama tetapi telah masuk ke Malaysia sebanyak 2 kali menggunakan identiti berbeza.

Apa ertinya ini? Ertinya JPN sudahpun memiliki maklumat pendatang yang masuk ke negara ini. Maklumat itu mungkin diperolehi secara tidak sah, dan program 6P adalah untuk memutihkan data yang mereka ada.

Dengan adanya data tersebut, maka boleh la JPN membuat perbandingan. Kalau tak dak rujukkan nak banding lagu mana. Tekanan dan tuduhan yang terlalu banyak dari pakatan rakyat menyebabkan JPN cuba memuktikan mereka mampu mengesan sesuatu dan tu diaaa.... Depa jumpa dah, depa jumpa orang yang sama masuk dua kali guna nama lain..... Bangganya jadi JPN.

Maksudnya dulu dia masuk dah, dia balik pi negara asal dia dan dia masuk pulak dengan menggunakan passport dan nama lain.

Takkan la dia da belanja beribu-ribu ringgit hanya untuk mai kerja sekejap dan balik semula kemudian mai pulak... Sudah tentulah dia pernah masuk sekitar 5 tahun dulu dan dah balik kini dia nak mai semula.

Rekod kemasukkan dulu memang ada dalam simpanan JPN dan mereka nak memutihkan rekod yang di perolehi dipercayai secara tidak sah.

Rekod lama yang JPN ada tu disyaki digunakan untuk mengeluarkan MYKAD dan membolehkan pendatanqg asing ini mengundi BN.

Lepas ini apa pulak yang mereka nak lakukan? Buktikan lagi kecurangan SPR dan JPN kepada rakyat berkaitan data pengundi ini.

 http://kedahla.blogspot.com/2011/08/spr-jadi-kuda-bn-jadi-joki.html

0 Comments
Tweets
Comments

0 comments:

Post a Comment

Newer Posts Older Posts

ShareThis