Tajuk Terkini

Perintah Sapina: Najib, Rosmah terpaksa hadir ke mahkamah atau dikenakan waran tangkap


WarkahDaily – Menurut peguam Sankara Nair kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri akan hadir ke mahkamah untuk memberikan keterangan dalam perbicaraan kes Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mahkamah telah mengeluarkan perintah sapina untuk berbuat demikian.



Menurut Sankara, notis sapina yang dikeluarkan terhadap Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor juga telah diterima pasangan suami isteri itu.


Sebelum ini, peguam bela Anwar telah meminta Najib dan Rosmah hadir ke mahkamah sebagai saksi untuk memberi keterangan dalam kes berkenaan. Namun pasangan kontroversi itu hadir ke mahkamah secara bersembunyi bertemu dengan peguam Anwar namun mereka berdua dilaporkan enggan ditemubual dan menjadi saksi dalam perbicaraan kes liwat itu.
Walau bagaimanapun, pada Jumaat lepas, pasangan itu telah diberikan notis sapina oleh peguam Anwar untuk hadir ke mahkamah memberi keterangan.

Selepas disapina, jika Najib dan Rosmah juga enggan hadir ke mahkamah, waran tangkap boleh dikeluarkan terhadap mereka, jelas seorang lagi peguam Anwar, Karpal Singh.

Namun Sankara memberitahu, polis telah memaklumkan kepada bahawa Najib mahukan notis yang singkat untuk hadir ke mahkamah.

“Kalau kita bagi notis dalam masa yang singkat, mereka (Najib dan isteri) akan datang ke mahkamah.

“Notis itu akan diberikan kepada polis dan polis akan memaklumkan mereka mengenai kehadiran ke mahkamah,” kata Sankara di luar perkarangan mahkamah Jalan Duta, pada hari ketiga pembelaan Anwar.

Dipetik dari Keadilandaily, notis yang sama turut dikeluarkan terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Rodhwan Yusof untuk memberi keterangan dalam kes melibatkan Anwar.

0 Comments
Tweets
Comments

0 comments:

Post a Comment

Newer Posts Older Posts

ShareThis