Tajuk Terkini

Kenyataan Media Pakatan Rakyat

2 Ogos 2011

Pertama sekali, Pakatan Rakyat mengucapkan tahniah kepada Warganegara-warganegara Baru BN (WBB), antara lain, penduduk tetap Malaysia yang berasal daripada negara-negara jiran dan baru-baru ini telah dianugerahkan kerakyatan oleh agen-agen pengkhianat kerajaan Malaysia.

Menerusi pengamatan kami, skim pemberian kewarganegaraan maha cepat ini mempunyai dua ciri istimewa:
Click me to read more

(i) Mampu menjadi warganegara Malaysia dalam beberapa jam;
(ii) Didaftar sebagai pengundi tanpa perlu mendaftar di mana-mana pejabat SPR ataupun pejabat pos, seperti dilakukan oleh warganegara Malaysia lainnya.

Kedua, Pakatan Rakyat akan mengadakan kempen ‘penjernihan’ untuk mendidik setiap WBB ini untuk mengetahui hak-hak mereka sebagai rakyat baru dan membongkar penyalahgunaan kuasa imigresen ataupun penggunaan ugutan politik untuk kertas undi oleh mana-mana ejen pengkhianat di Malaysia.

Kempen ‘penjernihan’ ini akan memastikan tidak ada pihak yang boleh menarik balik secara semberono kewarganegaraan Malaysia setiap WBB atau menggunakan pemberian ini sebagai ugutan politik di dalam Pilihanraya Umum.

Ketiga dan akhir sekali, Pakatan Rakyat juga berjanji akan memperluaskan jaminan yang termaktub di dalam Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 kepada semua WBB dan juga kakitangan kerajaan yang terlibat dalam program pemberian ‘kerakyatan untuk undi’ yang tergerak hati untuk mendedahkan perkara ini demi kebenaran dan masa depan Malaysia.

Bagi memastikan perkara-perkara ini dapat dilaksanakan diminta semua WBB mendaftar dengan Biro Guaman dibawah Pakatan Rakyat yang akan menyediakan tempat aduan di kesemua tempat terbuka.

Sekretariat Pakatan Rakyat

0 Comments
Tweets
Comments
Newer Posts Older Posts

ShareThis