Tajuk Terkini

Bila menteri BN kaki penipu, rakyat jadi mangsa




Bila kaki penipu jadi menteri, khazanah negara kepunyaan rakyat tergadai dengan mudah.

Kerana menteri BN kaki penipu dan mahu mengambil kesempatan jadi kaya dengan segera, harga RM17 akan jadi RM25. Patutlah masing-masing dapat bina istana besar, pakai kereta besar, melancong dan membeli-belah di luar negara sesuka hati, pakai cincin pun mahal.

Patutlah takut sangat nak guna dakwat kekal dan ketelusan dalam pilihanraya, rupa-rupanya mereka ini takut kehilangan kuasa dan dalam masa yang sama, terlepaslah peluang mereka nak jadi jutawan segera.
Click me to read more

Skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) menjawab segala-galanya. Masalah kewangan yang dihadapi bukannya disebabkan orang lain. Semuanya kerana kerja rutin pemimpin BN yang bergelar menteri yang suka ambil kesempatan daripada hasil projek kerajaan.

Dipetik dari The Malaysian Insider, seorang pentaksir kerajaan menganggarkan tanah bagi projek PKFZ yang mengakibatkan timbulnya masalah kewangan, telah dibeli pada harga lebih tinggi, hampir 50 peratus berbanding nilai harga pasaran sebenar. Baca laporan The Malaysian Insider.

Menurut pentaksir berkenaan, nilai sebenar tanah itu adalah RM17 kaki persegi sedangkan ia diperoleh pada harga RM25 kaki persegi.

Hasil taksiran itu diberitahu dalam perbicaraan kes penipuan pembelian tanah bernilai RM1.08 bilion berhubung skandal PKFZ, membabitkan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik bermula di Mahkamah Tinggi kelmarin.

Bertambah rosaklah negara jika kerajaan BN terus diberi peluang memerintah dengan mempunyai menteri kaki tipu untuk menguruskan negara. Malang sungguh rakyat Malaysia di bawah pemerintahan kerajaan BN.

Kejayaan yang diwar-warkan pemimpin Umno-BN selama ini hanyalah seciput sahaja, namun berbilion-bilion ringgit hasil projek negara dah masuk poket pemimpin dan kroni. Rakyat hanya digula-gula dengan RM200 hingga RM400 sahaja seperti yang diumumkan Najib terhadap peneroka Felda semalam sebagai duit raya Felda kepada peneroka. Itu pun, bukannya tiap-tiap bulan dapat. Ntah-ntah sekali seumur hidup atau sepenggal pilihanraya umum.

0 Comments
Tweets
Comments
Newer Posts Older Posts

ShareThis