Tajuk Terkini

Facebook "Undur Najib" mececah 180,000

Petisyen Facebook bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan telah mendapat sokongan daripada 175,000 orang. Laman “100,000 People Request Najib Razak Resignation” (100,000 rakyat tuntut Najib Razak berundur) ditubuhkan Sabtu lalu, iaitu hari yang sama polis menangkap lebih 1,600 orang yang terbabit dalam perhimpunan bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini.
Menurut laporan AFP, laman itu berjaya menarik sekitar 300 orang setiap minit yang menekan butang like (suka) dengan sasaran mendapatkan 100,000 penyokong tercapai pada Isnin lalu.Jumlah itu dikatakan terus meningkat dan mencapai 176,707 “likes” pada ketika ini. Sebahagian besarnya terdiri daripada penyokong BERSIH 2.0, berdasarkan lencana profil mereka.



Laman itu dimulakan pada Sabtu, hari yang sama dengan perhimpunan BERSIH 2.0, sebagai  landasan untuk pengguna internet menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka kepada kerajaan.
Alamat web facebook berkenaan klik sini.


Sementara itu, satu Page Facebook juga diwujudkan oleh penyokong Najib yang mendesak Najib jangan undur. Setakat ini tidak kurang dari 200 orang sahaja yang menyukai facebook page tersebut. Alamat web facebook berkenaan klik sini.


Pada perhimpunan aman empat hari lalu, rakyat yang berhimpun secara aman terpaksa menongkah serangan gas pemedih mata dan menahan dipancut air berkimia daripada meriam air polis. Ramai yang mendakwa diri mereka dikasari. Tidak kurang juga yang menyalahkan Najib atas tindakan polis itu.


credit :http://www.kl-today.com

0 Comments
Tweets
Comments

0 comments:

Post a Comment

Newer Posts Older Posts

ShareThis