Tajuk Terkini

Kerajaan BN takut tembelang pecah, cuba gelapkan laporan majalah antarabangsa


Rata-rata pemimpin Umno-BN mendakwa mereka tidak melakukan kesalahan atau penindasan kepada peserta Himpunan BERSIH 2.0 tetapi mereka hanya mahu menghalang keganasan dan ancaman kepada keselamatan negara.
Laporan salah laku dan keganasan pihak polis terhadap peserta BERSIH dalam laporan 'The Economist' cuba ditapis pihak kerajaan.
Secara logik, mana dakwaan ancaman kepada keselamatan negara apabila hanya pihak polis yang dikerahkan kerajaan Umno-BN sahaja yang ‘menghunus’ senjata dengan pancutan gas pemedih mata, air kimia dan pukulan belantan sehingga menyebabkan kecederaan teruk kepada beberapa peserta himpunan berkenaan.

Kelihatan rakyat sekadar membawa bendera Malaysia dan berpakaian kuning yang diantikan oleh pihak kerajaan.

Semua ini bukan hanya retorik atau cerita pak pandir tetapi seluruh dunia mengetahuinya dan mempunyai bukti kekejaman dan keganasan yang dilakukan pihak polis atas arahan kerajaan Umno-BN.

Maka para pemimpin Umno-BN yang bengap mula membuat tuduhan, kononnya reputasi negara runtuh begitu sahaja hasil daripada Himpunan BERSIH 2.0. Padahal mereka yang bengap ini tidak sedar, kerana polis atas arahan kerajaan Umno-BN lah yang menyebabkan reputasi negara tercalar. Dunia melihat betapa ganas dan zalimnya polis atas arahan kerajaan Umno-BN dan bukannya kerana perhimpunan yang dibuat BERSIH 2.0.

Cuba bayangkan jika ianya dibenarkan perhimpunan secara aman tanpa ada gangguan kekerasan daripada pihak polis. Sudah tentu tiada kejadian memalukan berlaku dan pihak dunia akan melihat betapa demokrasinya Malaysia. Tapi kerana pemimpin bengap yang memimpin negara, imej negara tercalar teruk kerana kekerasan yang dilakukan.

Kerajaan gelapkan laporan majalah antarabangsa

Imej negara dah rosak tetapi pemimpin negara belum sedar dan insaf. Demokrasi terus dilacur dan dipancung.

Kerana kejumudan dan fikiran sempit pemerintah, majalah antarabangsa, The Economist telah ditapis oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), dalam cubaannya menapis maklumat yang tepat daripada sampai kepada pembaca di negara ini.

Dipetik dari Keadilandaily, perkara itu mula ditimbulkan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran dalam laman twitternya mengenai laporan BERSIH yang diterbitkan majalah antarabangsa berkenaan.

Berdasarkan gambar yang disiarkan portal media, laporan khas bertajuk ‘Political Affray in Malaysia: Taken To The Cleaner' menunjukkan empat bahagian yang dihitamkan menggunakan pen dakwat kekal.

Sekiranya dibandingkan dengan versi dalam talian The Economist, bahagian yang dihitamkan itu berkaitan salah laku dan keganasan yang dilakukan polis dalam menangani himpunan aman 9 Julai lalu.

antara ayat yang di hitamkan itu adalah :
‘Seorang lelaki mati akibat sakit jantung’ (and one man died of a heart attack), pada perenggan pertama.

‘Perhimpunan itu kemudiannya diharamkan, meskipun pihak berkuasa menawarkan sebuah stadium untuk berhimpun – tetapi menarik balik tawaran itu’(The march itself was then banned, although the authorities offered Bersih a stadium to meet in – and then withdrew the offer’) pada perenggan kedua.

‘Taktik polis mencetuskan kemarahan; kerajaan akur menjalankan siasatan rasmi berhubung dakwaan keganasan polis. Dalam satu kejadian (sempat dirakamkan dalam filem) polis seolah-olah menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah peserta himpunan yang berlindung daripada serangan belantan’

(The heavy-handed police tactics have provoked a lot of anger; the government has conceded an official investigation into claims of police brutality. In one instance (caught on film), police seemed to fire tear gas and water cannon into a hospital where protesters were sheltering from a baton charge), pada perenggan keempat.

Majalah mingguan itu mendakwa Malaysia mempunyai sejarah dalam menapis laporan-laporan yang disiarkan oleh The Economist dalam rencananya pada September tahun lalu.

Majalah itu menyenaraikan Malaysia di bawah India dan China dalam carta 12 negara yang menapis, mengharamkan atau menyita naskhah-naskhah The Economist, yang dijual di 190 negara.

Keadaan ini turut memberi reputasi buruk Malaysia pada pandangan dunia berkaitan kebebasan dan demokrasi. Kerajaan perlu sedar, kerana perangai buruk mereka yang tidak boleh menerima kenyataanlah yang menyebabkan Malaysia dilabel sebagai negara yang tidak mengamalkan demokrasi.- WD





rupanya kerajaan malaysia adalah KERAJAAN BACUL.....

0 Comments
Tweets
Comments
Newer Posts Older Posts

ShareThis